Double Joy in the Family
"Nothing is better for those in love than marriage."
(Ibn Majah and authenticated by Al-Albani)
(Ibn Majah and authenticated by Al-Albani)
Akhirnya, dapat juga aku tengok ratusan gambar dari Malaysia. Who's missing in these pictures? Yours truly, of course. Ruginya..!!
Anyway, alhamdulillah, syukur kepada Allah swt, adik-adikku sayang telah selamat diijabkabulkan dan diraikan dengan penuh meriah bersama keluarga dan sanak saudara, sahabat taulan, dan orang-orang kampung :-) Dengar ceritanya Mak begitu happy sekali semua dah selesai. Semoga menantu-menantu Mak yang terbaru itu membawa kebahagiaan kepada suami masing-masing serta kami semua sekeluarga.
Kenduri di Resort KK memang terlebih nostalgia, sebab di situlah juga kami meraikan perkahwinan aku dengan Rashad. Di samping itu, tarikh yang dipilih (Dec 2) sama pulak dengan anniversaries Cik Yong & Abang Long, dan Azy & Mie.
Kepada pengantin-pengantin - Pakcu & Siti, dan Pak Kecik & Fara:
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Ar-Ruum/30:21)
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.." ~ (An-Nisaa'/4:34)
"If a woman prayed the five prayers, fasted in Ramadan, protected her honor, and obeyed her husband, then she will be told (on the Day of Judgment): Enter Paradise from any of its (eight) doors". (Ibn Hibban)
Semoga sentiasa diberkati Allah, dengan kasih-sayang, iman, dan kebahagiaan dunia dan akhirat!
Salam sayang teramat sayang dari Kak Ina, Amira, dan Abang Rashad.

2 Comments:
Selamat pengantin baru kepada Pakcu & isteri dan Pak Kecik & isteri. Semoga berbahagia & berkekalan dunia akhirat & dikurniakan zuriat-zuriat yang soliheen. Amin.
~Kak Umi, Ipoh.
terima kasih... terima kasih...
jadi suami org nih susah gak ek... tapi alhamdulillah...tenang sket jiwa bila dah kawin nih. mudah mudahan sentiasa diberi petunjuk dan diberkati Allah hendaknya. Amin!
Post a Comment
<< Home