Sunday, April 15, 2007

Wearing Tudung in a Culture of Bare-All

Hari ni di kedai buku Borders, aku terjumpak buku ni.. Sekilas baca macam menarik.. about a Muslim teenager in Australia deciding to wear hijab "full-time".

It is obvious that I'm "foreign". Muslim sisters yang pernah ke Amerika tentu dah biasa dengan pengalaman macam ni:
  • Ditanya oleh strangers "Where are you from?" Biasanya sebab diorang curious. Sentiasalah balas semanis mungkin, supaya orang suka.
  • Ada juga yang nampak fesyen pakaian kita ni lain sikit agaknya, jadi dia bagitau "This looks nice! I like it," sambil sentuh tudung sempoi kita tu.. atau baju labuh yang bagi kita biasa aje. Kalau yang ni kadang tersipu-sipu dibuatnya (tak biasa dipuji weh!), jadi kata Thank You aje la.
  • Dipandang serong terutama di airports. Dengar-dengarnya sesiapa yang "looked Muslim" biasa ditanda istimewa SSSS, but "It's just random!" Terpaksalah berlagak sporting dan rilex, otherwise bertambah serong pula pandangan mereka.
  • Ditegur mesra dengan "Assalamualaikum!" oleh mana-mana perempuan yang nampak fellow Muslims, sharing the bond of Islam. Seronok juga bila tiba-tiba ada kawan baru, jumpa di kedai atau pasaraya.
  • Kat hospital atau klinik biasanya dia suruh kita tukar pakaian, pakai gown (pendek dan ikat belakang) aje. Kalau dalam bilik sensorang tu takpelah, tapi kalau bilik salin baju jauh dari bilik periksa (contoh: X-ray), aku sarung jugak kain dan tudung, bagitau dah sampai bilik periksa baru aku tanggal..
  • Kalau belajar atau kerja, tentu ada kawan-kawan yang eventually akan tanya kenapa pakai tudung. Rashad tak pakai tudung la, tapi kadang kawan sekerja dia yang tahu dia Muslim, akan tanya pasal Islam. Ini peluang bagus untuk berdakwah, terutama kalau yang bertanya tu sincere nak tahu, bukan setakat nak argue. Kenalah tahu asas-asas dan konsep Islam yang betul, yang kadang converts lebih faham dari born-Muslims. Aku pun belum hafal script yang padat dan ringkas kalau tiba-tiba diinterview macam tu!
Disebabkan oleh tudung ni, most people instantly know that I'm a Muslim, and there's a chance that it is unfortunately associated with anything bad that the popular propaganda make them believe Muslims to be. Jadi pressure tu lebih sikit kepada individu.. untuk sentiasa bagi good impression to the neighbors and strangers. Setakat ini alhamdulillah personally tak adalah any incidents that can obviously be related to religious hatred atau yang seangkatannya. Kalau ada conflict berurusan dengan mana-mana pihak, terpaksa mengalah banyak dan control lebih sikit.. partly sebab tak nak fulfill the bad stereotypes. At the same time I don't want to be "sorry for being a Muslim", jadi ada urge nak fight simply because "I'm the customer, so you should treat me better than that." Sudahnya kelahi dengan husband pulak.

Anyway, just to melencong sikit... Selain daripada tu, ditambah lagi dengan pengalaman-pengalaman macam ni:
  • Kurang berkenan nak guna toilet bila di tempat awam.. sebab tak ada air nak cuci. Kalau teringat, adalah cawan plastik dalam handbag, boleh ambil air dari sink.
  • Public toilets di sini nampak bersih-bersih belaka, tapi orangnya kurang bersihkan badan sendiri. Silap-silap segala macam penyakit boleh dapat kalau duduk atas toilet seat yang tercemar. Kalau kat doctor's office tu, siap ada instructions cemana nak cuci kemaluan sebelum ambik urine sample. Ces, it cannot be that bad.. but it is. Inilah antara perkara yang aku tak faham kenapa civilized people still cannot practise properly.
  • Solat tepi jalan atau belakang almari etc. Alangkah mudahnya kita di Malaysia.. masjid dan surau di merata tempat.
Dengar-dengar cerita ramai juga perempuan Islam di sini yang tidak mampu untuk memakai tudung atas sebab-sebab kerja, social pressure, keselamatan, dan sebagainya. Mungkin di sini cabarannya lebih hebat, dan perlukan kekuatan yang lebih untuk menghadapinya. Semoga Allah mudahkan jalan yang baik kepada kita semua. Aku duduk rumah aje taklah susah sangat, malah aku semacam suka pula pakai tudung bila keluar tu.. jadi ambassador and bagi exposure sikit kepada orang tempatan. Lagipun kat sini OK, alhamdulillah. Belum kena uji berat lagi..

Here's an interesting article: Homegrown Muslims learning how to retain their identity and take a stand.

Kepada semua di Malaysia, di dalam pelbagai kesusahan lain yang dihadapi, hargailah kemudahan dan kesenangan yang Allah berikan kepada kita di dalam menjalani kehidupan sebagai Muslimin dan Muslimat...

Bahrain sprinter Ruqaya Al Ghasara (2006, Dec)

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

A'kum...
How are you? Lamanya tak update blog. Every week aku dtg jengok, tp nothing new. Btw, sihat ke? Baby? Semoga semuanya dipermudahkah Allah.

April 23, 2007 7:44 AM  

Post a Comment

<< Home