Saturday, July 28, 2007

New Home

Alhamdulillah kami dah berpindah ke rumah baru minggu lepas. No, not in Michigan as the original plan (angan2) was, but still in NY.

We are happy here sebab dapat join a nice, small, Muslim community yang setakat ini alhamdulillah sambut kami dengan baik. Sebelum pindah lagi kami dah singgah masjid dan dapat bantuan dari the masjid care-taker serba sedikit, termasuk some pointers itu ini. We are the 11th Muslim family here!

Last Friday was the first time ever I joined a Friday Jumu'ah. Rasa nak menangis dibuatnya. Dengar tazkirah in English cakap pasal a few ahadith (antara yang masih ingat ialah: jagal lidah dari buat dosa, jaga hak2 jiran walaupun deme kafir), sebelum Imam baca khutbah in Arabic (dia tak speaking omputih sangat). Lepas habis Jumaat, kami tersangkut di masjid lama sikit sebab tu kali pertama community sini jumpa kami (Orang lelaki le borak dengan Rashad. Yang pompuan ada sorang aje). Rasanya setiap family ada wakilnya Jumaat tuh. We feel bad tak dapat jemput sapa2 datang rumah lagi, sebab living room belum ready maaa..!!

I consider this city as a cute small town.. laid-back.. ramai orang sini kata sesuai to raise children here. Kecik2 pun tapi facilities semua nampaknya OK. Hospital bagus, recycling is mandatory (yeehaaa!!!), Wal-Mart, K-Mart, Home Depot ada, dan groceries stores yang kami familiar di tempat lama pun ada di sini. Summer kat sini pun setakat ni alhamdulillah tak panas sangat. Buat masa ni takde gambor yang sesuai dikongsi di blog ni. Jadi aku curik ajelah gambar ni dari Internet.

Sebelum pindah, the past few weeks (months!) memang sibuk ulang-alik dari rumah lama ke rumah ni. Maklum le kami beli rumah "lama" yang perlu dibaiki dan diubahsuai sebelum boleh pindah masuk. Nak beli yang baru atau move-in condition, tak cukup budget la pulak. An Old House for Our New Home :-) Hari yang Rashad tak kerja, kami penat dengan trip ke sini: 3 hours on the road, a few hours there godek2 apa2 yang reti (oh how we are NOT handy people!), atau just tengok kontraktor buat keroje deme. Yang peningnya kontraktor ni kebanyakannya sangat specific, jadi kami kena cari dan arrange dengan pelbagai pihak: electrician, plumber, roofer, painter, flooring service, window company, landscaper (kalau tak potong rumput kan kena saman pulak), general contractor.. tak termasuk untuk turn on utilities: api, ayor, gas, cable/telefon. Jenuh set appointment semua, beriya kita datang sini pepagi buta, kadang deme tak datang pun. Hangiiinn je dibuatnya. Such a laid-back small city (more like town) ni.. terutamanya small businesses, macam tak serious sangat dengan kerja atau customer. Teringat aku keroje dulu dengan customer bukan boleh main-main.

This is our first house, and we did what we could, under the circumstances.. kontraktor macam-macam. Nasib kamilah kena cekik darah lah, kena scam lah. Semuanya jadi pengalaman buat kami. Alhamdulillah dapat plumber yang sangat bagus.. rumah lama ni lepas satu, satu masalah paip air yang timbul. Electrician yang pertama recommend plumber ni. Maklumle kami tak kenal orang area sini, semua pakai hantam aje, call semua kontraktor dalam buku telefon, mostly voicemail dan tak return call, terutama sebab summer is the busy time for them. Masa ni lah orang sibuk nak jual/beli dan renovate rumah.

Nak readykan rumah ni ambik masa lebih dari yang kami plan. Ni project management tak bagus nih.. "asyik extend aje..!!". Project schedule lari, budget lagilah laju larinya. Sampai kami gave up dan decided nak buat sendiri apa yang agak-agaknya boleh dihantam termasuklah mengecat dinding (tanggalkan wallpaper, tenyeh speckle compound, prime, kemudian baru boleh cat) dan meratakan lantai (hardwood floor ni ada yang dah warp, jadi kena godak kepingan kayu tu, shave, dan letak balik). Itu semua tak termasuk nak kena cuci bilik ayor (jamban kami tak sangggup nak usik, tu plumber yang gantikan), cabinet dapur, tingkap dan segalanya. Ulang-alik ke kedai hardware, try macam-macam tools, nasib baik kat sini senang nak return barang yang tak diguna, dapat duit balik. Hehe.. menarik jugak pengalaman ni semua. Apa-apa yang kami buat silap atau terkena tu, "Next time we know!" (lepas menyumpah-nyumpah le.. haha).

Lepas tu sibuk pulak nak packing segala barang dan arrange pindah. Setengah barang simpan kat storage dulu, setengah bawak sini. Sewa truck U-Haul dan drive sendiri ke sini. Masih belum habis unpack nih.

So sekarang dah pindah masuk rumah ni pun, renovation is still in progress. Harapnya semua akan berjalan lancar, slow and steady, inshaAllah. My nesting instinct pun dah lama terpendam, sekarang bolehlah start beli barang dan set-up tempat untuk orang baru.

No more those trips each with 3 hours on the road.. nasib baik ada CD Raihan yang terbaru (yang kami ada ler), itulah jadi hiburan masa memandu. Kerepek-kerepek dan asam dari Malaysia jadi kudap dalam kereta (lapaaaarr!!!). Serunding daging makan dengan roti tu jadi lunch kami kat rumah ni, while working on things. Alhamdulillah.

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Wahh...rumah baru, tempat baru, komuniti baru...untuk menyambut orang baru tak lama lagi :)
Alhamdulillah. Tahniah.

Semoga sentiasa selamat dan berbahagia hendaknya.

Bertambah meriahlah suasana Ramadhan ni kan?

August 02, 2007 3:19 AM  
Blogger Ina said...

Terima kasih, LT :-) Alhamdulillah.

Tu la, kita dah menjejeh ayor lior bayangkan Ramadhan kat sini, dah le masjid dekat aje (nak jalan kaki letih le, tapi kereta kalu, 3 minit je), tapi this year mungkin tak dapek nak posa..

Dapat tumpang beraya jadik le..

Apese ITTT dah lama tak available ye?

August 04, 2007 11:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah, congrats pindah rumah baru..glad to hear that...patutlah lama senyap jee rupanya bz dgn rumah baru. apa2 ina, take care, jgn kerja kuat sgt ya...jaga kesihatan tu..nnt kalau jadi apa2 susah pulak...i nak dtg tengok pun kena simpan duit berbulan-bulan...anyway, jgn lupa update address baru ya....

August 09, 2007 5:39 AM  
Blogger Ina said...

CHJ,

Kami kat sini sibuk le godek2 rumah. Korang sibuk travel.. Amboiii.. kemain lagi ye? :-)

August 12, 2007 5:08 AM  
Anonymous Anonymous said...

Oh...harap maaf, IITT tergendala sebentar. Hibernate..hik.

InsyaAllah akan ON soon.

August 14, 2007 10:48 PM  

Post a Comment

<< Home