Sunday, August 27, 2006

Medical Care

"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum, Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku; Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat" (Asy-Syu'araa'/26: 78-82)

They say the medical services here are of high quality. I guess so. Ini terutamanya untuk emergencies. Kalau tersilap tekan nombor telefon start aje dengan 911 terus dia connect ke 911. Kalau kita terus letak tepon dia akan call balik to make sure we're OK. Aku terkena ni masa muda-muda dulu di Michigan. Terkezut bila terima call dari 911 ingatkan apekehe nye le..

Tapi selain dari emergency aku rasa amatlah leceh. Kalau di Malaysia, let's say kita demam ke.. period pain ke.. semangat nak pergi klinik sebab boleh dapat MC.. otherwise kena ambik Emergency Leave (EL) lak, bad for the records.. or kena ambik Annual Leave, tapi rugi tak dapat simpan untuk cuti raya lama2 (provided projek on time beb!!). So senang aje kita pergi klinik dan semua setel lebih kurang sejam dua.

Di sini, for minor illnesses (deman, batuk, etc) kalau pergi siang-siang, alamat la kena tunggu setengah hari baru dapat jumpa doktor (mengikut kata Rashad le). Kalau emergency care baru le deme layan almost instantly. Jadi medical centers biasanya bagi suggestion supaya kita pergi waktu malam. Mungkin dalam sejam habis le urusan jumpa doktor. Not bad huh?

Tapi kat sini, ubat asing. Ubat semua kena beli kat pharmacy.. samada di medical center tu jugak (biasanya tutup lebih awal.. tak logik ek?).. or kena cari commercial pharmacy yang sesetengahnya buka hingga 10:30pm. Otherwise, esok le baru boleh gi cari ubat. Leceh. Dekat farmasi kena tunggu lagi at least setengah jam. So far ni dah 2 jam in total.

Sebab itu kat sini deme lebih suka beli aje ubat over the counter (OTC). Jimat dan cepat.

Kalau jumpa doktor untuk sakit yang selain dari minor dan selain dari emergency, kena jumpa Primary Care doctor, iaitu doktor kita sendiri, tak boleh ikut suka aje nak jumpa doktor mana-mana. Untuk orang pompuan, kena automatically tambah another doctor yang tetap: Obstectrician/Gynecologist (OB/GYN). Pertama kali nak establish medical record and relationship with a primare care, dia akan buat Physical Exam dan kita kena jawab medical history questionnaires. Yang ni aku baru nak buat next week.

Dengan Primary Care or any specialists kena buat appointment. In my case, 2 minggu baru dapat.

Bila dah jumpa doktor, kalau dia fikir kita kena buat test, blood test ke.. urine test ke.. dia isi borang dan bagi kat kita. Kenalah cari dan pergi ke lab nya pulak untuk buat test di lain masa. Semua asing-asing. Kalau di Malaysia, doktor tu sendiri ambik sample darah or a.k dari kita dan hantar ke lab, betul tak?

Lagi satu hal utama ialah medical costs. Aku tak tahu la berapa rege dia charge sekali jumpa doktor.. tapi kalau ada insuran pun, kadang-kadang insuran nak suruh kita share the burden.. namanya "CO-PAY", jadi kita kena bayar $10-$20 sekali jumpa doktor. Ubat pun, kena bayar $10-$40 co-pay setiap jenis. Ini belum kena masuk spital ke.. isk.. bayangkan. As they say, medical industry is a BIG business here. So is the medical insurance businesses.

Bandingkan dengan kat Malaysia.. kita kena bayar RM10-30 jumpa doktor di klinik swasta.. dan itu termasuk ubat sekali. Kat sini hospital gomen pun mahal, tak jauh beza dari swasta. Tak sempat lak nak buat survey berapa mahalnya.

Dengan lain perkataan, elok le jaga badan betul-betul semoga kurang perlu dapatkan rawatan. Mencegah lebih baik dari merawat ye dak? Tapi aku masih malas nak exercise.. isk!

1 Comments:

Blogger Ina said...

aduhai.. banyaknya hilang? ada insuran tak? semoga CN sekeluarga sabar hadapi ujian..!

August 30, 2006 11:35 PM  

Post a Comment

<< Home