Saturday, July 22, 2006

Tolong Doakan Sama

My father was admitted to the ICU hari Jumaat lepas sebab sesak nafas. Apak semenjak 2-3 minggu lepas memang duduk di rumah CY, sementara Mak duduk di rumah Barip temankan Malina yang baru dapat baby boy, alhamdulillah (aku tengah tunggu gambar tak dapat2 lagi ni).

Mengikut ceritanya:

Abelong yang jumpa Apak semput, pucat lesi dan berpeluh2. Dia call Pak Kecik, yang kemudiannya berkejar dari tempat kerja. Mula2 Apak tanak pegi hospital.. kata nak tunggu Pakcu sampai dari kampung le.. (liat as usual), tapi berjaya juga deme memujuknya. Terus hantar Apak ke University Hospital -Emergency.. nasib baik PK dah beli WaHaB tu.. alhamdulilah. Siap kena marah dengan doktor lagi sebab lambat. Kesian deme.

Kena pakai O2 mask, cucuk sana sini, tube sana sini.. Lepas 2 jam dah OK jadi doktor kata kena masuk wad for observation for a few days. Katanya jantung ada tersumbat sikit, paru-paru pun tak berapa OK, dan depe nak check lagi apa problem lain..

Aku pulak lambat check email, jadi cuma dapat tahu pasal ni almost 24 hours later. Itu pun ringkas aje messagenya, tapi ada gambar.. Thanks to the MMS technology. Adik-beradik lain dah bertolak ke KL nak tengok Apak. Aku rasa "left out" dan risau sebab tak tahu cerita sebenar. Tanya Rashad ada tak dapat call dari Malaysia, dia kata tade. Masa tu 5:30am Malaysian time, tak sure nak call sapa.. Dah dekat pukul 7 baru aku call PK, tak angkat, call Pakcu, tak angkat.. Argh!! Call PK kat nombor dia yang lagi satu baru dia angkat, dan baru la dapat cerita yang lebih detailed seperti di atas.

Dari jauh kami berdua kirim salam kepada Apak dan doakan semoga dia cepat sembuh, dengan ucapan "eloklah berhenti merokok.."


Kesian Apak Pakcu... Sedih rasanya tak dapat tengok dia in person. Mengikut update yang terbaru Apak dah mahu makan minum.. tapi cakap masih tersangkut-sangkut.

Aku harap kawan-kawan semua dapat sama-sama tolong doakan semoga Apak cepat sembuh dan dipelihara Allah..

"Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku" (Asy-Syu'araa/26: 80)

May it be a purification for him, and a reminder to us all.

BTW, aku harap pengalaman ni dapat menghilangkan selera PK dan yang berkenaan dengan rokok.. ;)

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Semoga ayahanda kalian beransur pulih hendaknya...amin.

July 24, 2006 12:44 AM  
Anonymous Anonymous said...

jgn susah ati yer kak, hopefully ayah akak akan sihat & bleh keluar spital. mesti ada hikmahnyer nih :)

July 24, 2006 4:52 AM  
Anonymous Anonymous said...

baru aje baca blog u pagi ni, doa i agar ur apak dah sihat by now. betul tu berhentilah merokok, takde baiknya...

July 24, 2006 11:33 PM  
Anonymous Anonymous said...

lately ni busy sikit, insya'allah, i akan doakan semoga apak cepat sembuh...nampak dah kurus sikit apak tapi sempat gak posing kat kamera...

July 25, 2006 10:09 PM  
Blogger Ina said...

Salaam, dear friends

Thank you for the doa and kind wishes. Alhamdulillah Apak dah kuar spital semalam dan buat masa ni dok di rumah CY. Beberapa hari lagi ada follow-up. Sekarang dah sihat banyak.. makan lalu dan "sangat rindu nak merokok".. sabar ajelah ek.

Love
Ina

July 25, 2006 10:34 PM  

Post a Comment

<< Home