Saturday, July 01, 2006

Pay Rates

Dah tulis pasal kos sara hidup di sini, ini bahagian keduanya pula: anggaran pendapatan di sini.

Sebelum tu, nak cerita sikit pasal beberapa perbezaan jika dibandingkan dengan di Malaysia.

Pertamanya, kebanyakan kerja di sini dibayar mengikut jam. Setiap negeri ada menetapkan minimum wage di mana majikan tak boleh ambil kesempatan dengan membayar terlalu ciput. Di NY State, gaji minima tahun ni ialah $6.75. Biasanya sehari kerja 8 jam. Kalau kerja full time, maknanya seminggu kerja 32-40 jam. Yang lebih dari 40 jam dikira overtime (x 1.5).

Kedua, bergantung kepada kompeni, gaji dibayar samada setiap minggu, setiap dua minggu, atau setiap bulan. Biasanya gomen bayar gaji setiap bulan.

Ketiga, kalau orang tanya income berapa, maknanya dia nak tahu gaji setahun, instead of gaji sebulan.

Seterusnya, employment benefits bergantung kepada majikan dan jawatan. Kalau ada medical benefits tu, kira bagus sangat. Lain-lain termasuklah paid vacation, 401K (retirement plan),

Lagi satu, kalau kerja kilang or in healthcare contohnya, dia ada 3 shifts. 1st shift = pagi (7-3), 2nd = petang (3-11), 3rd = malam (11-7). Dan biasanya shift ni fixed, jadi kalau kita terima kerja tu untuk 3rd shift, forever la macam tu. And there's no such thing as shift allowance.

Akhir sekali, di sini tak banyak cuti umum. Ada about 10 hari kot setahun. Dah la gitu, kebanyakan orang tak ada paid leave. Kita di Malaysia mewah dengan Cuti Tahunan, MC, Cuti Kahwin, Cuti Bersalin, Cuti Haji.. dan bermacam-macam lagi. Syukur alhamdulillah. Di sini, kalau nak cuti, bermakna kuranglah gaji. Annual Leave kat sini dipanggil Paid Time-Off (PTO), dan tak semua kerja ada PTO.

Maklumat ni aku tengok kat local paper.

Kerani$12/sejam
Cikgu Sekolah Rendah$25K
Nurse$15/jam
Cleaner$10/jam
Akauntan$50K-120K
Chem E, ME (Entry Level)$50K
Secretary$35K
Mgmt Trainee$30-50K
Sales Rep$25-50K (termasuk komisyen)
Computer Technician (Entry level)$10-15/sejam
MS SQL Programmer$30/sejam
Postal Job (gomen ni)$18/sejam

Kalau tengok IT jobs mau meleleh air liur.. ;)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home