Sunday, August 20, 2006

Waktu Malaysia

Sejak beberapa bulan ni kami dah macam jadi nocturnal pulak.. Agaknya waktu Malaysia begitu kuat inertia nya ;) Tapi sebenornya sebab Rashad dah tukar kerja, dalam cubaan untuk bertukar dari legal ke healthcare industry. Kot-kot le mudah sikit cari rezeki di Malaysia ke nanti.. (in a distant future, inshaAllah).. Jadi dia kerja on weekends (sebab paling senang dapat), dan overnights pulak tu (sebab tak busy sangat). Bila kerja agak melepak, senang nak study. Bukan senang woo.. banyak kena pikior, kena plan, kena buat.. hehe.. dan panjang perjalanannya dalam mengejar impian beramb- dari sini for good. Harapnya Mak dapat bersabar.. (gambar diciplak dari blog Pakcu.. tapi orinya dari camera aku gak)

Anyway, sebenarnya post kali ni nak cuba melayan curiosity Kak Maria dan Nida dan sapa2 la tentang apa yang aku buat di sini dari pagi sampai malam.. memandangkan tak keroje kan. Don't worry I won't tell everything.

OK, let's start my day with getting off the bed, which is normally between 12:30pm and 3:00pm (NY time).... Wait!!! Jangan judge me yet!

Biasanya aku breakfast sensorang.. makan ringkas aje.. samada cereal atau bagel (yay!).. dengan chocolate milk. Takde la nasi lemak telur cair dan paru garing ke, bihun goreng ke.. (Ya Allah! sedapnya ek? Menjejeh dibuatnya!!!). Aku jarang sekali minum kopi walaupun hati tu naaaak aje, tapi sebab nak kurangkan caffeine (tak sebanyak dalam choc dak?) dalam cubaan untuk optimakan badan in getting pregnant. Maklumle, umur dah tak boleh nak optima dah. Isk!

Kalau pinggan mangkuk bertimbun dalam sink, aku basuh le.. pre-wash aje, peh tu masukkan dalam dishwasher. Dishwasher ni memang antara kitchen appliances yang landlord memang biasa sediakan. Apa guna dishwasher ni, ngade ek? Rupanya sebab ia lebih hygienic, sebab rinse dengan air panas, dan keringkan dengan heat.. sterile sikit. Tak caya tanya Kak Shidah! Anyway, Rashad ni memang cerewet pasal hygiene, but this is not the topic now.

Kalau aku rajin, aku mop le lantai dapur tu. Alang-kepalang nak mandi lepas ni..

Lepas solat Zuhr, aku pun start le masak.. Kami makan nasi lebih kurang selang sehari. Waktu Malaysia, citarasa pun ala Malaysia jugak, walaupun sikit2 aje. Pehtu kami cuba buat sendiri instead of yang readymade. Contoh menu lunch/dinner kami yang biasa ialah:
  • Brown rice dengan BBQ chicken dengan steamed broccoli
  • Brown rice dengan chicken curry dengan stir-fried zucchini/carrots/mushroom
  • Hamburger (buat sendiri dengan minced beef) dengan salad (lettuce and tomatoes)
  • Ikan salmon/tilapia (fillet coated with breadcrumbs) dengan nasi/fries dengan salad (ikan mahal, jadi ni sekali-sekala aje)
  • Chicken fajitas atau beef tacos (guna tortilla wraps)
  • Tuna sandwich dengan salad
  • Spaghetti with meatballs (sosnya readymade, tak macam masa aku kat Malaysia lak)
Sume menu dia makan dengan cheese. Aku pun berjangkit macam tu.

Pukul 4pm aku start kejutkan Rashad. Jenuh. Liat bangun tidur, tapi by 4:30 dia bangun la.. kalau sempat makan cereal sat, lepas tu mandi dan solat Zuhr. Kalau Asr masuk awal, kami solat together-gether dulu. Lepas tu, lunch sambil sembang-sembang. Dessert dia ialah banana split (ais kerim fat-free maaa!!). Aku biasanya kenyang tak lalu nak berdessert.

Pukul 5:45pm Rashad mandi lagi, bersiap nak pergi kerja. Dia tak boleh minum kopi, dan dia berenti merokok lepas masuk Islam, jadi mandi ajelah modal nak segarkan badan sebelum pergi kerja. Masa ni aku pun sibuk siapkan bekal dia.. peanut butter and strawberry jam sandwich, dengan bekal ayor nya, dengan buah epalnya, dengan brownie atau cookiesnya, dengan magginya. Kemain banyak bekal.. sebab makanan dari rumah lebih selamat.. dan sebab dia kerja 7pm - 9am.

Masa Rashad kerja, akupun check email, browse internet, chat dengan sapa2, baca Qur'an, buat laundry, kemas dapur, call Malaysia, call sorang kawan kat US, baca sokkabo, buat sudoku/kakuro/other games, makan apa2 kudap (toast with sunny side up, ramen noodle = maggi [rasa lamanya tunggu asam laksa ni..;)], peanut butter sandwich, fruits), tengok TV. My current favorite shows are Grey's Anatomy and Desperate Housewives and game shows like Jeopardy!. Tak sabar tunggu Fall nanti, new seasons and new shows.


Biasanya Rashad bila dah takde apa nak buat kat tempat kerja, akan call aku beberapa kali. Bergayut le kami berjam-jam.. Jadi dia kerja malam, aku pun tak tidur le sampai pagi. Sejam before Fajr, tu la masa paling mengantuk, jadi kadang aku tidur jugak sat.. Masuk subuh, Rashad buat wake-up call (ada gak sekali dua aku angkat tepon tapi sambung tidur lupa nak bangun subuh.. isk!!)

Lepas subuh, aku tidur le.. lebih kurang pukul 5am. Rashad sampai rumah, mandi, dan join aku tidur pukul 10am gitu..

Dia kerja 3 hari seminggu (Jumaat Sabtu Ahad). Jadi bila dia cuti, kami masih tidur around the same time, sebab it's easier to the body clock. Cuma kadang bangun awal sikit kalau ada apa2 hal gi doctor's appointment ke.. urusan mahkamah ke.. gi servis kereta ke.. Itulah untungnya tak kerja time waktu pejabat ni. Most of the time kami spend bersembang tak renti-renti (berkelahi dan bermanja.. haha!), tengok movies (dvd atau TV), beli groceries, exercise sikit, dan apa-apa projek terbaru la. Yang best ialah dapat solat sama-sama banyak sikit (alhamdulillah).

Time cuti Rashad rajin sikit masak.. jadi aku tolong dan tengok aje (belajar). Bila dia cuti baru ada dinner. Kadang lepas Subuh sebelum tidur tu dia buat cheese omelette with whatever leftover meat and sayur we have (yummy!!). Aku dah try buat omelette beberapa kali masih tak sesedap yang dia buat. Lebih senang give up aje kan? Hehe

Lepas Raya nanti mungkin lebih elok kembali ke fitrah.. tidur dan jaga normal macam orang lain.

Eiysh....! Panjang berjela lak jadinya post kali ni!

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

selepas menahan diri dari mengambil caffeine tuu,dah ada apa2 ke? jangan dikalahkan oleh ct pulak ya ;-))

August 22, 2006 5:01 AM  
Anonymous Anonymous said...

thanks for the rundown of..
A day in the life of KG.
Menarik :-)


Q : Agak2 sama tak rasa menu kalau cheese diganti dengan kicap toyu? ;-}


VpeaceV

August 23, 2006 5:00 AM  
Blogger Ina said...

Kicap Tamin ada sebotol aje.. sayang! :-D

Rasa ada iras-iras sebab both are lemak masin kan..? ;-)

August 24, 2006 3:31 AM  
Blogger Ina said...

Isk.. soklan bonus ni belum ada jawapan positif lagi. let's assume it's not "no news is good news", wokay? ;)

August 30, 2006 11:37 PM  

Post a Comment

<< Home