Rancangan Tergendala Sebentar..

They call it October Surprise 2006. Aku pun baru nak tengok berita.. Ceritanya bermula macam ni:
Khamis Oct 12 pagi (read: petang) aku bangun tidur, terus gi mandi. Ngintai kat luar tingkap, guess what..? Terus aku laung "It's snowing..!!!". Sempat ambik gambar 2-3 keping.. Melepas Fall aku. Malam tu kami pergi beli electric heater, sebab Rashad tak confident nak guna the ventilated heater kat rumah tua ni. Siapa sangka salji turun dengan lebatnya sampai jalan sesak dan ada kereta yang tersangkut. Ramalan cuaca kata Jumaat baru nak snow, itupun sepatutnya sikit aje.
Ia berlarutan sampai midnite.. Berita TV kata now dah kena travel ban. Kemudian cable line putus. Jadi takde Internet, TV, atau home phone. Rashad tengah sibuk buat homework pun tak dapat nak submit. Tak lama kemudian blackout pula. Tak sempat aku siapkan laundry di basement.
Boiling water advisory took effect on Friday. Sebabnya letrik tak ada jadi bekalan air yang sampai ke rumah tidak diproses sepenuhnya. Pergi kedai air botol pun abis, jadi kami guna sparkling water.. Burp! Aku ambil gambar lagi..
Alhamdulillah bekalan gas masih OK. Jadi boleh masak. Kami biar oven ON supaya dapat panaskan dapur dan rumah.
Sabtu basement banjir oleh salji yang mencair. Cemana dia masuk aku pun tak tahu. Abis mesin basuh dan dryer.. Tak tahu selamat ke tak. Air naik sampai pemanas air pun terpadam. Jadi kami tak ada air panas. Sejuknya..!! Teringat masa kat Laban Rata muda-muda dulu.. membasuh lepas buang air, kebas dibuatnya. Mandi pun kena guna air yang dimasak atas dapur.
All the things we take for granted..
Ahad malam kami dapat letrik semula. Internet ni baru beberapa jam dipulihkan. Alhamdulillah. Baru dapat baca email dan nak call Mak pulak ni.. InshaAllah aku update lagi di lain masa.

Jumaat"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini)". (An-Nisaa'/4:79)


2 Comments:
Normal ke keadaan tu - salji turun in the middle of Fall?
Hopefully not much damage on the home appliances?
Dugaan bulan Ramadan...insyaAllah dapat ditempuhi dengan tabah.
'Eid Mubarak to you & Rashad.
Semoga ibadat kita diterima Allah.
tak jadi ke balik M'sia tahun ni?
Post a Comment
<< Home