Friday, November 24, 2006

Akhirnya..

.. Syawal berlalu jua.

Hehe, dah habis kan korang beraya sakan dengan open-houses nya dan dengan puasa 6 nya..? Rasanya only in Malaysia we celebrate for the whole month of Syawal.

R: Eid is just one day. You all are "special".
I: Of course, we have big families and lots of friends! *GRIN*

Tu belum cerita lagi pasal the "Ramadan buffets" phenomenon.

Alhamdulillah dah lepas Ramadan/Syawal ni aku takle homesick sangat. Especially dah dapat makan real nasi lemak a few weeks ago. Sekarang dah tenang.. boleh cerita lebih sikit pasal our Raya here.

Rashad kerja separuh "malam" aje malam raya tu. Aku sibuk buat kuih.. Bunyi macam real, tapi setakat buat sugar cookies dan muffins aje.. haha! Niat di hati nak buat tart nenas, siap resepi dah print, dan jem nenas ada bawa dari Malaysia ari tu, tapi kemudiannya jadi malas pula. Jadi ini ajelah hasilnya:
Nampak ke macam tema "bulan dan bintang" tu? Sugar cookies are the bulans, frosting aje lebih. Bintang pula chocolate dan blueberry muffins. Semua ni guna ready-made mixes, cuma kena campur air/minyak/telur aje (kat sini semua nak kerja mudah). Muffin cups tu guna yang fancy sikit kasi ceria konon..

Pagi Raya terkejar-kejar nak bersiap, tak sempat jamah apa-apa sebelum pergi masjid (dah melant-- sebelum solat Fajr tu kira tak?)

Pergi balik aku menangis dalam kereta sampai Rashad kata sorok la muka supaya people don't think Muslim men beat up their wives. Sabor je la. Aku kata "OK, can you get me a very nice cup of coffee?"

Balik rumah, my raya breakfast was muffins and Starbucks cappucino, sambil dengar CD Raihan.

Alhamdulillah pujian bagi Allah.. Subhanallah Maha Suci Allah.. Allahu Akbar Allah Maha Besar..Segala puji hanya bagi Allah..

Ucaplah Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah.. Selawat ke atas Nabi Muhammad ya Rasulullah..

My favorite is still Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu.. Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu.. The same song I specially requested from them masa ANSI Dinner dulu.. Duduk semeja dengan depe dan Nieza (masa tu belum gang lagi) dan tentu sekali aku ingat kasut putih Ummi. Mana nak sangka about the same time Rashad dapat Raihan CDs from Yusuf Islam, and wondering how he'll ever understand the strange language..

Sepanjang Ramadan, kami dapat cari siaran radio dari Toronto yang udarakan bacaan Quran dan hadith setengah jam sebelum waktu berbuka. That usually made my day. Semenjak takde TV cable ni, Bridges TV pun tak dapat tengok dah.. (program dia kadang low-quality dan campur aduk dengan tak Islamic.. tapi kekadang dia siarkan program TV3 [documentaries in English], tu yang best tu).

Lepas tangkap gambar raya, aku bukak Eid presents (Rashad punya hadiah terbelated pula dan tak bungkus. Punya la tak romantik aku ni. Isk! Yang buruk jadikan sempadan weii..) Disebabkan kami ni masih nocturnal, by noon dah ZZzzz.

Malam we had our special dinner at home. Itu pun lame sikit sebab bahan diancam oleh peti ais takde letrik the week before (sebab snowstorm). Kemudian telefon kampung, sebab Malaysia baru nak beraya. Aku dah berangan nak guna webcam ngintai suasana meriah raya di kampung, dan menatap muka setiap orang. Tapi takde webcam pulak di kampung!! Dah le tu, takde sapa bawa camera tangkap gambar raya..!! Kecewa gila! Later CN kata "Biasanya Ina yang sibuk pasal gambar. Takde Ina, takde gambar, takde ceria raya tahun ni." Uwaaa...!! Tapi bersyukur la dapat chat dengan Pakcu dan cakap dengan CN, Mak, dan Abemin lepas deme balik dari surau. Lain-lain sibuk beraya.

We plan to beat the one-month celebration by having our decorative lampu (lip-lap dan tak lip-lap) until the second Eid. Amacam? :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home